Digital Special Collection Portal

Kajian Rekabentuk Sofa Ergonomik Bagi Kegunaan Pengguna Yang Menghadapi Masalah Muskuloskeletal


Citation

Fateha Mohd Kasmir (2021) Kajian Rekabentuk Sofa Ergonomik Bagi Kegunaan Pengguna Yang Menghadapi Masalah Muskuloskeletal. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Penggunaan sofa pada hari ini telah dikenali secara meluas iaitu hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah sofa yang kebiasaanya dijadikan pelengkap di ruang tamu dan digunakan bagi membantu dalam menyokong anggota fizikal seseorang ketika sedang beristirehat. Namun demikian, konsep ergonomik dilihat kurang diaplikasikan ke atas kebanyakkan rekabentuk sofa di Malaysia. Perkara ini menjadikan ramai pengguna mengalami risiko mendapat penyakit yang disebabkan oleh amalan postur duduk yang salah dalam memperoleh posisi kedudukan yang selesa ketika duduk.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan membina rekabentuk sofa ergonomik bagi pengguna yang menghadapi masalah muskuloskeletal. Kajian ini dilakukan dengan dua kaedah iaitu menggunakan borang soal selidik yang melibatkan beberapa orang responden yang mengalami masalah muskuloskeletal dan melalui pemerhatian ke atas sebuah industri pembuatan sofa tempatan bagi melihat sendiri dari segi peralatan, bahan dan lain-lain yang berkaitan dengannya dan selanjutnya ianya dibangunkan sebuah rekabentuk sofa berkaitan dengan konsep hasil daripada kajian ini.

Download File / URL

[thumbnail of Fateha Binti Mohd Kasmir.pdf] Text
Fateha Binti Mohd Kasmir.pdf

Download (20MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 121
Supervisor: Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan Bin Ismail
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3911
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2