Penggunaan sofa pada hari ini telah dikenali secara meluas iaitu hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah sofa yang kebiasaanya dijadikan pelengkap di ruang tamu dan digunakan bagi membantu dalam menyokong anggota fizikal seseorang ketika sedang beristirehat. Namun demikian, konsep ergonomik dilihat kurang diaplikasikan ke atas kebanyakkan rekabentuk sofa di Malaysia. Perkara ini menjadikan ramai pengguna mengalami risiko mendapat penyakit yang disebabkan oleh amalan postur duduk yang salah dalam memperoleh posisi kedudukan yang selesa ketika duduk.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan membina rekabentuk sofa ergonomik bagi pengguna yang menghadapi masalah muskuloskeletal. Kajian ini dilakukan dengan dua kaedah iaitu menggunakan borang soal selidik yang melibatkan beberapa orang responden yang mengalami masalah muskuloskeletal dan melalui pemerhatian ke atas sebuah industri pembuatan sofa tempatan bagi melihat sendiri dari segi peralatan, bahan dan lain-lain yang berkaitan dengannya dan selanjutnya ianya dibangunkan sebuah rekabentuk sofa berkaitan dengan konsep hasil daripada kajian ini.