Alat muzik gamelan merupakan alat muzik tradisional yang banyak dimainkan dalam
persembahan seperti wayang kulit, dikir barat dan juga dalam majlis yang formal. Setiap alat-alat
muzik gamelan ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Alat-alat muzik gamelan ini semakin
kurang diketahui oleh ramai orang terutama sekali dalam kalangan masyarakat generasi muda.
Alat muzik gamelan juga terdiri daripada gong, gendang, saron, kenong, bonang dan gambang.
Pada zaman dahulu alat muzik gamelan ini dimainkan dalam mengiringi tarian Joget Pahang.
Terdapat alat muzik gamelan yang diperbuat daripada kayu, buluh dan besi. Oleh kerana itu
setiap ciri-ciri alat muzik gamelan berlainan dan mempunyai keunikkan tersendiri.
Kata kunci : Gamelan, Ciri-Ciri, Tradisional, Alat Muzik