Kajian ini adalah mengenai kajian merekabentuk pembungkusan produk perusahan kecil sederhana (PKS) tempatan: kuih kapit. Berdasarkan kajian yang dijalankan terdapat beberapa permasalahan telah ditemui dalam kajian ini antaranya ialah teknik pembungkusan yang kurang menarik dan berkualiti rendah. Berdasarkan pemerhatian yang dijalanan dapat dilihat bahawa pembungkusan produk makanan kuih kapit yang digunakan pada masa kini tidak mempunyai elemen grafik dalam kriteria sesebuah pembungkusan. Penyelidikan ini dibuat dengan tujuan mengenalpasti tahap penerimaan pembungkusan lama dan penggunaan elemen grafik yang berkesan ke atas pembungkusan produk kuih kapit. Persampelan kajian dijalanan secara peringkat umur. Kajian ini berbentuk deskriptif dan ditafsir secara kuantitatif. Pengkaji mendapat maklumat melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden secara talian. Dalam borang soal selidik, soalan berdasarkan analisis dapatan kajian, faktor kejelasan penambahbaikan rekabentuk pembungkusan berjaya. Seramai 90% responden jelas tentang masalah pembungkusan sedia ada dan perlu pembungkusan yang baharu dan menarik. Dengan adanya kajian ini, PKS dapat memainkan peranan masing-masing agar masalah ini dapat dikawal bersama-sama dan pembungkusan produk PKS dapat ke peringkat yang lebih tinggi setanding jenama terkenal.
Kata kunci: merekabentuk pembungkusan, PKS, kuih kapit