Muzik latar merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembuatan filem seram. Pada masa yang sama, muzik latar juga sering berkaitrapat dengan emosi penonton. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis muzik latar dalam filem seram ‘Lights Out’ yang dikeluarkan pada tahun 2016 dan diarah oleh David F.Sandberg Selain daripada itu juga, kajian ini dilakukan untuk menentukkan kadar keberkesanan muzik latar dalam filem ‘Lights Out’ 2016 terhadap emosi penonton. Selain itu, kaedah soal selidik melalui tiga jenis video seram untuk memantapkan lagi kajian ini juga dijalankan. Hasil kajian mendapati bahawa muzik latar dalam filem seram sememangnya mempengaruhi emosi penonton.
Kata kunci : Kadar keberkesanan, muzik latar, filem seram, emosi peonton.