Digital Special Collection Portal

Penerimaan Pelajar Terhadap Rekabentuk SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik) Kota Bharu


Citation

Che Azmir Syahrizan Che Hamat Nordin (2021) Penerimaan Pelajar Terhadap Rekabentuk SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik) Kota Bharu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Laman sesawang (website) untuk pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan kembangkan lagi sesuatu taraf pendidikan sesebuah negara. Dengan wujudnya platform (website) untuk pendidikan di setiap pusat pengajian tinggi ini mampu membantu para pelajar menggunakannya dari pelbagai sudut seperti untuk pembelajaran atau pengurusan maklumat mereka kerana ianya dilihat lebih mudah dan cepat. Jika sebelum ini pelajar hanya menjalani pembelajaran secara kuliah dan perlu ke pejabat untuk menguruskan sesuatu maklumat, tetapi kini semuanya menjadi lebih mudah dan pantas kerana mereka boleh menggunakan laman medium (website) untuk pembelajaran atas talian serta menguruskan maklumat mereka hanya dari rumah dengan menggunakan telefon pintar atau komputer. Pembelajaran dengan secara kuliah atau keas masih lagi releven sekiranya keadaan semasa kembali pulih dari wabak COVID-19 yang melanda negara kini. Penulisan ini bertujuan untuk mengupas tentang penerimaan pelajar terhadap reka bentuk SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik) Kota Bharu yang digunakan oleh para pelajar politeknik untuk segala urusan berkaitan pusat pengajian mereka. Kajian ini telah menggunakan kaedah soal selidik sebagai kaedah utama bagi menyelesaikan masalah ini iaitu dengan memberi soal selidik kepada pelajar politeknik untuk mengetahui perkara yang sebenar berlaku di institusi tersebut. Kajian ini mendapati SPMP (website) tersebut kurang digunakan oleh pelajar politeknik Kota Bharu kerana terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Dengan adanya penulisan sedemikian, dapat membantu golongan pelajar untuk lebih kerap menggunakan SPMP (website) dalam urusan yang melibatkan pusat pengajian mereka ini menjadi lebih baik dan boleh digunakan dengan lancar.

Download File / URL

[thumbnail of CHE AZMIR SYAHRIZAN.pdf] Text
CHE AZMIR SYAHRIZAN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 78
Supervisor: Prof. Madya Ts. Dr. Khairul Azhar Bin Mat Daud
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3902
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2