Laman sesawang pada dasarnya adalah berguna jika digunakan dengan betul sekiranya penggunaannya adalah untuk menarik minat pengunjung kepada syarikat. Laman sesawang syarikat memudahkan interaksi antara pengguna dan juga peniaga. Laman sesawang juga pada masa kini adalah muka depan sesebuah syarikat dek kerana pengguna akan terlebih dahulu menggunakan carian Google untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat. Laman sesawang juga merupakan tempat untuk meraih minat pengguna terhadap produk yang dikeluarkan syarikat, seperti produk fizikal, mahupun servis atau perkhidmatan. Penyelidikan ini mengkaji topik laman sesawang melalui penggunaan elemen, kepentingan, kebaikan keburukan dan juga cara untuk menaiktaraf. Kieno Dynamic Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat yang menawarkan produk servis dan perkhidmatan. Terdapat banyak cara untuk mencapai hasrat untuk memuat naik laman sesawang, pada dasarnya, kesan efektifnya mendahului segalanya.