Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji tentang pembangunan komik digital untuk profil syarikat Perpateh TV. Komik digital merupakan satu kaedah yang digunakan untuk pengantar maklumat serta mempromosi tentang perniagaan dengan menggunakan media digital untuk membantu dalam mengembangkan lagi perniagaan Perpateh TV. Wujudnya komik digital ini untuk memasarkan serta dapat memperkenalkan syarikat dan membantu mengembangkan perniagaan. Penggunaaan komik digital yang menarik seperti penggunaan bahasa, teks, gambar dan warna yang sesuai dapat memainkan satu peranan utama yang penting. Hal ini untuk menarik perhatian penonton daripada bosan dan jemu. Justeru itu, dalam kajian ini akan mengkaji untuk mengaplikasikan animasi 2D dalam bentuk komik digital serta mengenalpasti keberkesanan komik digital dapat digunakan untuk profil syarikat Perpateh TV. Oleh itu, hasil daripada kajian ini dengan penggunaan komik digital sebagai profil syarikat untuk mengubah profil syarikat Perpateh TV tersebut menjadi lain dari syarikat-syarikat yang lain.