Penjenamaan semula sangat penting terhadap sesebuah organisasi samaada produk atau perkhidmatan yang disediakan. Kajian ini dilakukan adalah untuk menghasilkan logo baru bagi syarikat Fabulove Holding Sdn. Bhd dan untuk menghasilkan item-item korporat serta pengiklanan yang sesuai untuk syarikat Fabulove Holding Sdn. Bhd. Ia juga bertujuan membuat rekaan baru dan mereka cipta set lengkap identiti korporat bagi syarikat Fabulove Holding Sdn. Bhd. Hal ini kerana logo yang sedia ada agak kurang mendapat sambutan di pasaran. Bukan itu sahaja,item-item identiti korporat juga tidak lengkap dari segi rekaan. Kaedah kajian yang telah dilakukan untuk mendapatkan sumber maklumat yang terperinci melalui, soal selidik,pemerhatian, dan internet. Hasil kajian yang telah diperolehi ialah dapat merekacipta logo Fabulove Holding Sdn. Bhd yang baru dan mencipta satu rekaan untuk diletakkan pada item-item korporat pada organisasi tersebut. Oleh hal yang demikian,kajian ini dapat membantu penyelidik untuk mengetahui konsep utama dan kepentingan penjenamaan semula sesebuah organisasi.
Kata kunci: Penjenamaan semula, identiti korporat, logo, item-item korporat
xii