Kajian telah dijalankan bagi membentuk satu perabot untuk syarikat yang dikaji iaitu
Pebble3D Sdn Bhd. Perabot yang dipilih ialah sebuah rak yang berfungsi untuk meletakkan
risalah tentang 3D dan barangan sampel 3D. Bagi menjayakan kajian ini, terdapat tiga
objektif yang telah dikeluarkan iaitu mengenalpasti keperluan pejabat yang akan diletakkan
pada perabot, mengenalpasti ciri-ciri perabot yang sesuai untuk jenis keperluan pejabat dan
merekabentuk perabot untuk keperluan pejabat. Objektif ini dikeluarkan juga adalah untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut dimana tiada rak yang sedia ada untuk digunakan. Kaedah Temu bual, Pemerhatian dan kajian literature telah digunakan untuk objekti-objektif yang dikeluarkan dicapai dengan baik. Dapatan kajian adalah dari hasil temu bual dimana tiga responden yang terlibat iaitu daripada kakitangan Pebble3D Sdn Bhd itu sendiri. Kesimpulannya, kesemua objektif telah dicapai dengan kaedah kaedah yang digunakan dan Berjaya menghasilkan satu rak khas untuk syarikat Pebble3D Sdn Bhd.