Wabak Covid-19 merupakan satu wabak penyakit-berjangkit yang boleh menjurus kepada kematian. Terdapat 100 juta lebih kes yang telah dicatat di seluruh dunia dan Malaysia sahaja telah mencatat hampir 1 juta kes. Oleh itu, Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai wabak Covid-19 menerusi kempen pengiklanan. Kempen pengiklanan ini merangkumi pelbagai jenis medium pengiklanan. Kajian ini menggunakan kaedah campuran atau mixed method iaitu kajian kualitatif pemerhatian dan kajian kuantitatif soal selidik yang melibatkan 50-100 orang responden yang terdiri daripada penduduk di sekitar Pulau Pinang, staf syarikat Kaxprint dan pelajar atau individu yang berada didalam bidang rekabentuk grafik. Cadangan rekabentuk pengiklanan kempen telah dilakukan menggunakan kaedah pemerhatian dan rujukan internet manakala hasil soal selidik menjurus kepada daya tarik rekabentuk pengiklanan dan impak visual dan maklumat yang terdapat dalam dalam rekabentuk pengiklanan. Hasil analisis soal selidik mendapati rata-rata responden memberi respon yang positif.
Kata Kunci : Covid-19, Kempen K