Projek penyelidikan iini merupakan satu kajian tentang penghasilan sebuah video motion grafik berkenaan tentang kebaikan e-sukan. E-Sukan adalah sebuah industri yang baharu bukan sahaja hanya kepada pembangunan permainan video tetapi ianya merupakan industri yang mampu dijadikan sebagai sumber ekonomi baru kepada para individu yang meminati dengan permainan video secara positif. Projek penyelidikan untuk menghasilkan video motion grafik ini dikaji berdasarkan tiga objektif kajian iaitu mengenalpasti kebaikan e-sukan, memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap kebaikan permainan e-sukan dan menghasilkan video motion grafik tentang kesedaran kempen kebaikan e-sukan.Tujuan kajian ini adalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa e-sukan tidak memberikan kesan buruk terhadap negara kita tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan dalam memajukan negara kita sama ada sukan,teknologi dan lain-lain lagi. Kajian ini menggunakan kaedah teknik pengumpulan data melalui kaji selidik, pemerhatian dan sumber rujukan serta soal selidik. Selanjutnya, kajian yang dibuat ini merupakan salah satu pendekatan yang berkesan dengan adanya cara baru ini dapat menerangkan berkenaan dengan kebaikan e-sukan.