Projek Penyelidikan ini bertajuk “Mengkaji Senibina Istana Singgah Raja Reman Yang Merupakan Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Kajian ini merupakan satu kajian mengenai senibina banggunan warisan dimana banggunan ini mempunyai nilai sejarah yang penting yang perlu dipelihara. Istana Singgah Raja Reman ini merupakan tempat persinggahan yang dibina semasa permerintahan Kerajaan Reman. Istana Singgah ini dibina sebagai tempat beristirehat semasa lawatan dijalankan oleh Raja Reman ke beberapa daerah jajahannya antaranya daerah Yala, Hulu Perak, dan Ulu Kelantan pada akhir 1810 sehingga awal 1900. Istana Singgah Raja Reman ini berlokasi di Kampung Selarong Pengkalan Hulu, Perak. Pengkaji memilih Istana Singgah Raja Reman adalah kerana kebanyakan masyarakat tidak mengetahui mengenai kewujudan Istana Singgah Raja Reman ini, kurangnya kesedaran dalam masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia dan pandangan masyarakat terhadap keunikan senibina banggunan bersejarah masih di tahap yang sangat rendah. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui ciri-ciri seni bina Istana Singgah Raja Reman, mengenalpasti tahap pengekalan Istana Singgah Raja Reman dan penyiasat isu dan cabaran di dalam pemuliharaan Istana Singgah Raja Reman. Kaedah temubual, pemerhatian dan kajian kepustakaan digunakan dalam mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir.