Kajian ini membincangkan mengenai kaedah pengurusan penjagaan koleksi bagi pameran di Muzium Diraja Kelantan. Penjagaan dan pengurusan terhadap koleksi haruslah sentiasa diberikan penekanan supaya setiap koleksi dapat dipelihara dan diberi penambahbaikan sehingga dapat dijadikan sebagai tatapan kepada generasi yang akan datang. Muzium merupakan cerminan kepada masyarakat untuk memahami dan belajar apa yang telah berlaku pada zaman terdahulu. Oleh itu, pemeliharaan sesuatu institusi yang berkaitan dengan budaya warisan di sesuatu tempat perlu dilakukan dengan betul supaya ianya dapat dilihat hingga ke generasi yang akan datang. Berdasarkan bukti pemerhatian, temu bual, dan kajian terdahulu yang dilakukan, tesis ini akan menjelaskan mengenai bidang konservasi koleksi dalam pengurusan penjagaan yang betul untuk memelihara koleksi bagi pameran yang terdapat di Muzium Diraja Kelantan.
Kata kunci: pengurusan, penjagaan, memelihara, kerosakan, koleksi, Muzium