Projek Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji mengenai Adat, Pantang Larang, Kepercayaan Dan Simbolik Dalam Seni Silat Gerak Cepat Di Kedah.Silat ialah sejenis seni mempertahankan diri yang menggunakan ketangkasan untuk
mempertahankan diri, ia lebih dikenali dengan sebagai sukan tradisi rakyat yang mana melibatkan dua orang pesilat yang mahir dan bertindak untuk membela diri sama ada menggunakan senjata atau tanpa senjata. Terdapat beberapa permasalahan yang dikaji didalam kajian ini iaitu, pada masa kini ramai anak muda yang tidak mengenali ilmu persilatan atau silat-silat yang ada di negara kita dan mungkin mereka tidak mengetahui adat, pantang larang, kepercayaan dan simbolik yang ada didalam seni silat gerak cepat ini, kajian terhadap silat gerak cepat ini kurang menjadi perhatian kepada masyarakat sama ada dikawasan luar bandar dan dikawasan bandar yang mana masyarakat pada
masa kini kurang minat terhadap ilmu serta persembahan persilatan ini dan pelbagai persepsi buruk yang dilontarkan menyebabkan keyakinan masyarakat terhadap kehebatan seni pertahanan Melayu yang kekuatannya pernah menjadi benteng penting kerajaan lampau, kini semakin pudar. Selain itu, objektif didalam kajian ini juga adalah mengkaji adat dan pantang larang yang ada didalam seni gerak cepat di Kedah,
menganalisis kepercayan yang ada didalam seni silat gerak cepat di negeri Kedah dan mengenalpasti simbolik yang ada didalam seni silat gerak cepat di negeri kedah. Seterusnya, kaedah yang digunakan didalam kajian ini adalah kaedah kualitatif yang
mana kaedah ini digunakan untuk mendapatkan data. Kemudian data-data yang sudah dikumpul akan dianalisis dan di transkrip bagi menjawab persoalan dan permasalahan objektif kajian.