Digital Special Collection Portal

Cerita Binatang Dalam Bentuk Animasi : Analisis Nilai Murni kepada Kanak-Kanak


Citation

Tuan Mohd Pani, Tuan Syuhada (2022) Cerita Binatang Dalam Bentuk Animasi : Analisis Nilai Murni kepada Kanak-Kanak. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang nilai-nilai yang telah diaplikasikan melalui watak haiwan dengan menggunakan pendekatan teori moral dalam sebuah cerita binatang yang telah dianimasikan berjudul Pada Zaman Dahulu hasil keluaran Les' Copaque Production. Cerita animasi Pada Zaman Dahulu yang merupakan sebuah cerita binatang kanak-kanak yang telah menerima perubahan dari segi cerita penulisan lisan kepada bentuk digital. Dalam cerita ini menunjukkan bahawa watak-watak haiwan telah memberi banyak inspirasi kepada kanak-kanak dari segi perkara-perkara yang positif yang dapat dicontohi dan dijadikan sebagai tauladan. Kajian ini juga mengandungi beberapa objektif kajian. Yang pertama adalah bagaimakah nilai-nilai murni yang diterapkan dalam cerita binatang dalam bentuk animasi. Kedua apakah kepentingan cerita binatang dalam bentuk animasi kepada kanak- kanak untuk meminati cerita binatang. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan tujuan teori moral yang telah diwujudkan adalah untuk melihat dan mencari nilai-nilai yang baik yang terdapat dalam cerita tersebut. Seperti mana yang telah dikaji dalam cerita animasi Pada Zaman Dahulu, pengkaji telah membuat perbincangan pada bahagian analisis dengan menggunakan objektif-objektif tersebut menggunakan pendekatan teori moral dengan mengambil kira perkara-perkara yang baik.
Kata kunci: cerita animasi, teori moral, nilai murni, kepentingan, Pada Zaman Dahulu

Download File / URL

[thumbnail of TUAN SYUHADA BINTI TUAN MOHD PANI (C18A0443).pdf] Text
TUAN SYUHADA BINTI TUAN MOHD PANI (C18A0443).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 45
Supervisor: Encik Sudirman Bin Kiffli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3781
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2