Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti punca atau sebab mengapa masyarakat muda kurang berminat dalam seni persembahan Dondang Sayang. Seterusnya, untuk mengkaji sejauh mana ilmu pengetahuan masyarakat muda dalam seni persembahan Dondang Sayang dan mengenalpasti langkah yang terbaik dalam menarik minat masyarakat muda dalam meneruskan
legasi seni persembahan Dondang Sayang. Pengkaji juga turut menggunakan dua kaedah dalam kajian ini iaitu kaedah kualitatif yang melibatkan temubual bersama mereka yang terlibat dan kaedah yang kedua ialah kaedah kuantitatif iaitu kaedah yang melibatkan pengedaran borang soal selidik. Oleh hal demikian, hasil dapatan daripada kajian ini, diharap dapat dijadikan sebagai panduan untuk kajian pada masa akan datang.