Digital Special Collection Portal

Penglibatan Komuniti Dalam Pemeliharaan Makanan Tradisional, Nasi Kebuli di Kuala Lipis, Pahang.


Citation

Siti Nurfarhanah Che Fauzi (2022) Penglibatan Komuniti Dalam Pemeliharaan Makanan Tradisional, Nasi Kebuli di Kuala Lipis, Pahang. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka sejarah dan perkembangan makanan tradisional Nasi Kebuli serta menganalisis penglibatan komuniti Kuala Lipis, Pahang berkaitan kepentingan dan langkah pemuliharaan makanan tradisional Nasi Kebuli. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan langkah pemeliharaan makanan tradisional Nasi Kebuli dalam kalangan generasi kini. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif iaitu soal selidik dan kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan. Penglibatan komuniti Kuala Lipis dalam pemuliharaan makanan tradisional Nasi Kebuli dikaji dengan menggunakan Teori Fungsionalisme. Hasil dapatan kajian yang dianalisis menunjukkan responden kurang pengetahuan tentang makanan tradisional Nasi Kebuli dari segi sejarah dan kemahiran penyediaan Nasi Kebuli secara tradisional. Penerimaan responden terhadap makanan tradisional Nasi Kebuli adalah ditahap baik dan memuaskan. Namun begitu, faktor teknologi menyebabkan makanan tradisional Nasi Kebuli kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi kini. Oleh itu, langkah terbaik dan berkesan untuk memelihara makanan tradisional Nasi Kebuli adalah melalui sektor pelancongan bagi menggalakkan generasi kini untuk mengenali dan merasai makanan tradisional Nasi Kebuli dalam kehidupan seharian.

Download File / URL

[thumbnail of Siti Nurfarhanah Che Fauzi.pdf] Text
Siti Nurfarhanah Che Fauzi.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 79
Supervisor: Dr. Daeng Haliza Binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3779
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2