Di dalam kajian ini, tajuk yang dipilih adalah kajian tentang penerimaan masyarakat terhadap keris sebagai lambang jatidiri bangsa Melayu. Fokus utama kajian ini adalah terhadap masyarakat berbangsa Melayu. Keris merupakan salah satu daripada senjata tradisional yang terdapat di Malaysia dan ia telah wujud sekitar penghujung abad ke 15 dan awal abad ke 16. Seterusnya, permasalahan yang dikaji dalam kajian ini adalah mengenai masyarakat masa kini yang semakin kurang berminat dengan terhadap keris, kekurangan tukang ukir hulu dan sarung, tukang empu, serta pelapis seterusnya, dan peranan keris dalam masyarakat moden. Di samping itu, melalui kajian ini juga telah wujud beberapa persoalan untuk dikaji berkaitan dengan tajuk ini, iaitu apakah fungsi keris terhadap masyarakat Melayu zaman dahulu, bagaimanakah keris pada hari ini berfungsi sebagai lambang jatidiri terhadap masyarakat Melayu pada zaman sekarang dan bagaimanakah penerimaan masyarakat Melayu zaman sekarang terhadap seni pembuatan keris. Manakala kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Pegumpulan data dilakukan menggunakan kaedah data premier iaitu sesi temubual dan data sekunder melalui artikel, perpustakaan dan bahan ilmiah. Akhir sekali, saya mengharapkan hasil daripada kajian akan jadi panduan dan ilmiah yang berguna serta dipakai oleh semua golongan.