Digital Special Collection Portal

Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional Dan Persembahan Ritual Menerusi Buku Mantera Melayu: Analisis Teori Semiotik


Citation

Saidi, Siti Noraini (2022) Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional Dan Persembahan Ritual Menerusi Buku Mantera Melayu: Analisis Teori Semiotik. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menjelaskan dan menganalisis tentang Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional dan Persembahan Ritual Menerusi Buku Mantera Melayu: Analisis Teori Semiotik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga adalah berdasarkan mantera yang dipetik daripada buku Mantera Melayu Analisis Pemikiran karya Haron Daud (2001). Asas dan dasar kajian ini dianalisis melalui tiga prinsip dalam teori Semiotik iaitu ikon, indeks dan simbol. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, ternyata terdapat pelbagai jenis mantera yang menjadi amalan masyarakat Melayu tradisional pada ketika dahulu. Selain itu, setiap jenis mantera yang wujud terdapat fungsinya tertentu yang menjadikan mantera tersebut berkesan apabila digunakan pada situasi yang betul. Disamping itu juga, dalam mantera terdapat beberapa simbol yang menjadikan mantera itu lengkap dan mempunyai maksud yang tersendiri dengan ditandai oleh beberapa lambang. Penerimaan mantera dalam masyarakat melayu adalah melalui faktor corak pemikiran masyarakat yang percaya kepada sesuatu yang ghaib. Justeru, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai asas dalam memahami penjenisan, fungsi dan lambang yang menjadikan sesebuah mantera itu hidup sehingga ianya menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Melayu tradisional.
Kata Kunci: Teori Semiotik, Mantera, Fungsi

Download File / URL

[thumbnail of SITI NORAINI BINTI SAIDI C18A0406.pdf] Text
SITI NORAINI BINTI SAIDI C18A0406.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 118
Supervisor: Siti Nur Anis Binti Muhammad Apandi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3767
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2