Digital Special Collection Portal

Adab-Adab Pemerintah Dalam Bustan Al- Salatin


Citation

Riduwan, Mohd Firdaus (2022) Adab-Adab Pemerintah Dalam Bustan Al- Salatin. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ialah adab-adab pemerintah dalam Bustanus Salatin. Kajian ini menyenaraikan tiga objektif iaitu menganalisis adab-adab pemerintah dalam Bustanus Salatin, mengenalpasti pemerintahan kerajaan yang mempunyai adab-adab pemerintahan yang terdapat dalam karya ketatanegaraan Bustanus Al-Salatin (Bab Ketiga) dan mencadangkan adab-adab pemerintah yang terdapat dalam Bustanus Salatin (Bab Ketiga) untuk dipraktikan dalam tampuk pemerintahan pada masa kini. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif. Proses pengumpulan data menggunakan perpustakaan dan kaedah analisis data pengkaji menggunakan kaedah analisis teks dengan menggunakan pendekatan adab oleh Syed Naquib Al-Attas. Hasil kajian menunjukkan terdapat adab-adab pemerintah yang diamalkan mengikut pendekatan adab oleh Syed Naquib Al-Attas dalam Bustanus Salatin (Bab Ketiga). Adab-adab pemerintah ini turut diamalkan ketika zaman kegemilangan pemerintahan kesultanan Melaka. Adab-adab pemerintah yang terdapat dalam Bustanus Salatin ini amat relevan diamalkan pada zaman pemerintahan pada masa kini bagi keamanan dan kesejahteraan negara. Implikasi pengamalan adab-adab pemerintah dapat menjadikan seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam suatu pemerintahan. Menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab ini sangat dititikberatkan dalam Islam. Karya yang dihasilkan oleh Nuruddin Al-Raniri ini dapat dijadikan panduan kepada pemimpin kerana karya ini penuh dengan kisah pengajaran pada zaman pemerintahan kerajaan dahulu.

Download File / URL

[thumbnail of MOHD FIRDAUS BIN RIDUWAN (C18A0127).pdf] Text
MOHD FIRDAUS BIN RIDUWAN (C18A0127).pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 96
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3764
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2