Digital Special Collection Portal

Keistimewaan Kubu Kebal Kampung Ger Melawi Yang Memberi Kesan Terhadap Sektor Ekonomi Di Bachok Kelantan


Citation

Ramomurthy, Thinesrraj (2022) Keistimewaan Kubu Kebal Kampung Ger Melawi Yang Memberi Kesan Terhadap Sektor Ekonomi Di Bachok Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang Keistimewaan Kubu Kebal Kampung Ger Melawi yang memberi kesan terhadap sektor ekonomi di Bachok Kelantan. Kubu Kebal adalah sebuah kubu yang dibina sebagai tempat pertahanan atau perlindungan oleh British daripada serangan Jepun. Apabila British mendapat maklumat daripada perisik mereka bahawa Jepun akan dijangka menyerang Tanah Melayu dengan memasuki tanah melayu melalui Kelantan, ia telah menyebabkan British membina kubu kebal tersebut khusus sebagai tempat perlindungan. Kubu Kebal Kampung Ger Melawi, Kelantan. Permasalahan kajian yang terdapat dalam kajian ini antaranya, tidak mendapat perhatian serius daripada pihak berwajib, aktiviti yang melibatkan kerjasama daripada pihak kerajaan atau pihak bukan kerajaan (NGO) adalah kurang dan tidak mempunyai kos atau dana pengurusan yang cukup salah satu masalah dalam kajian kubu ini. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti keistimewaan dari sudut sejarah kewejudan Kubu Kebal Kampung Ger Melawi, Kelantan. Objektif pengkaji juga ingin merungkaikan adalah mengetahui potensi Kubu Kebal Kampung Ger Melawi, Kelantan terhadap ekonomi penduduk sekitar dan mencadangan usaha yang perlu dilaksanakan bagi mempromosi Kubu Kebal sebagai aset pelancongan masyarakat setempat. Kaedah metodologi yang digunakan dalam penyelidikan adalah kaedah temuduga. Kaedah kepustakaan dan kaji selidik digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Kajian ini akan menimbulkan isu kepentingan nilai warisan terhadap Kubu Kebal Kampung Ger Melawi yang memberi kesan kepada sektor ekonomi di bachok kelantan selepas pemuliharaan dan pemeliharaan dibuat.
Kata kunci: aset pelancongan masyarakat setempat, keistimewaan kubu kebal, kampung ger melawi.

Download File / URL

[thumbnail of C18A0441 THINESRRAJ A_L RAMOMURTHY.pdf] Text
C18A0441 THINESRRAJ A_L RAMOMURTHY.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 123
Supervisor: Puan Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3763
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2