Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji serta mengenalpasti pemikiran
kepengarangan Shamsuddin Othman dalam karyanya iaitu Kumpulan Puisi Taman
Insaniah menerusi aspek intrinsik dari segi tema dan gaya bahasa. Di samping itu,
kajian ini juga menganalisis unsur retorik yang terdapat di dalam setiap makna
penulisan puisi tersebut. Kajian ini turut diaplikasikan oleh teori, di mana teori yang
dipilih oleh pengkaji adalah Teori Teksdealisme. Tujuan pengkaji memilih teori
tersebut adalah untuk menilai dan menganalisis keunggulan dan kehebatan pemikiran
penulis dalam menghasilkan karya tersebut. Hasil daripada kajian ini mendapati
bahawa pengkaji telah mengenalpasti unsur intrinsik yaang terkandung di dalam karya
Kumpulan Puisi Taman Insaniah ini. Oleh itu, bedasarkan dapatan kajian yang
diperoleh bahawa pengkaji dapat mengenalpasti dan menganalisis unsur tema dan
gaya bahasa yang digunakan di dalam karya puisi terseut.Hal ini, dengan maklumat
dapatan kajian yang diperolehi daripada hasil kajian ini, dapat membantu para
pengkaji baharu untuk mengkaji berkaitan kepengarangan puisi. Dengan ini,
diharapkan supaya kajian ini dapat dijadikan sebagai satu rujukan serta panduan
kepada pengkaji masa hadapan.