Kajian ini mengenai pelestarian tarian ‘Langgie Pingadap’ dalam kalangan masyarakat
Bidayuh. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan tarian
‘Langgie Pingadap’ dalam kalangan masyarakat Bidayuh dan mengkaji perbandingan
tarian ‘Langgie Pingadap’ yang dahulu dengan yang kini. Tujuannya untuk mengetahui
sejarah dan perkembangan tarian ‘Langgie Pingadap’ dan perbandingan tarian zaman
dahulu dengan sekarang. Di samping itu, turut membincangkan usaha untuk
mengekalkan tarian ‘Langgie Pingadap’ supaya terus menjadi identiti kepada
masyarakat Bidayuh itu sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kerja lapangan di
Kampung Rayang, KM 58 BATU 36, Jalan Kuching/Serian sahaja. Kajian lapangan
dilakukan hanya di kawasan ini kerana faktor kampung tersebut merupakan kampung
halaman sendiri dan terdapatnya respondan ataupun infroman yang masih mengetahui
tentang tarian ‘Langgie Pingadap’ tradisi Bidayuh di area atau bahagian Serian.