Ikan pekasam ialah produk ikan yang terkenal di negeri - negeri utara dan timur Malaysia seperti Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang. Ikan pekasam juga ialah menjadi sumber pendapatan penduduk tempatan khususnya di Kuala Nerang, Kedah.
Bagaimanapun, berikutan penularan wabak Covid-19, perniagaan tempatan terpaksa ditutup perniagaan mereka dan menghadapi kesukaran untuk memasarkan produk mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman
tentang ikan pekasam kepada penduduk tempatan dan juga luar. Terdapat tiga objektif utama kajian untuk mengenal pasti peranan ikan pekasam dalam kalangan masyarakat setempat di Kuala Nerang, Kedah, mengkaji proses pembuatan ikan pekasam
makanan tradisional dan mengkaji penjualan ikan pekasam dalam tempoh musim covid-19. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan menggunakan temu bual, pemerhatian dan tinjauan menjawab untuk mendapatkan
data. 85 responden telah menjawab soal selidik, dan ketiga adalah temu bual. Hasilnya, kajian ini mendapati bahawa ikan pekasam memainkan peranan penting dalam masyarakat seperti memberikan identiti kepada masyarakat setempat, ikan
pekasam sebagai sebahagian daripada makanan tradisional dan ikan pekasam sebagai sumber kewangan dan ekonomi utama untuk industri kecil-kecilan. Selain itu, pengeluaran ikan pekasam menghadapi beberapa halangan semasa Covid-19
antaranya pengurangan pengeluaran ikan pekasam, penurunan permintaan ikan pekasam,pematuhan kepada SOP ( Standrad Operating Procedure) Covid-19,pekerja diberhentikan, kenaikan harga bahan mentah dan lain-lain. Dalam erti kata itu, kajian ini juga mencadangkan beberapa strategi dalam mempromosikan ikan pekasam melalui media sosial, perkhidmatan penghantaran tunai dan sebagainya.