Digital Special Collection Portal

Pelestarian Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang Dalam Kalangan Masyarakat Di Parit Raja Batu Pahat, Johor


Citation

Nurul Farah Sabrina Binti Abdul Razak (2022) Pelestarian Seni Persembahan Tarian Kuda Kepang Dalam Kalangan Masyarakat Di Parit Raja Batu Pahat, Johor. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Kajian ini merupakan sebuah kajian mengenai perspektif masyarakat terhadap aktiviti seni persembahan tarian Kuda Kepang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Tujuan utama
kajian ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan masyarakat dalam pelestarian tarian Kuda Kepang. Persembahan tarian Kuda Kepang merupakan tarian tradisi masyarakat
Jawa yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Kuda Kepang ini menggunakan patung anyaman yang dibuat berbentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Selalunya, tarian ini dipersembahkan semasa aktiviti keraian seperti majlis perkahwinan, dan majlis yang melibatkan masyarakat yang ramai. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian dan menggembirakan hati tetamu yang hadir. Kuda kepang ini menjadi lambang identiti
budaya utama di kawasan Parit Raja dan Negeri Johor sebagai aktiviti seni persembahan yang penuh emosi dan indah. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dalam menjalankan kajian ini iaitu menemu ramah penduduk kampung untuk mendapatkan maklumat tentang seni persembahan tarian Kuda Kepang. Hasil dapatan kajian ini mendapati masyarakat di Parit Raja masih melestarikan dan mengekalkan tarian ini
sehingga sekarang bagi menjagat kebudayaan warisan yang tidak ternilai ini.

Download File / URL

[thumbnail of NURUL FARAH SABRINA BINTI ABDUL RAZAK C18A0351 (2).pdf] Text
NURUL FARAH SABRINA BINTI ABDUL RAZAK C18A0351 (2).pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 91
Supervisor: Dr. Norazlinda Bt Mohamed
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3749
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2