Digital Special Collection Portal

Komuniti Sebagai Pelestari Warisan Kebudayaan Rebana Kercing Di Kampong Laut, Tumpat, Kelantan.


Citation

Nursyahirah Binti Md Nasir (2022) Komuniti Sebagai Pelestari Warisan Kebudayaan Rebana Kercing Di Kampong Laut, Tumpat, Kelantan. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED.

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai peranan komuniti dalam melestarikan warisan kebudayaan Rebana Kercing di Tumpat, Kelantan. Penglibatan komuniti sebagai pelestari warisan kebudayaan Rebana Kercing ini masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan akibat daripada permasalahan yang wujud seperti pihak komuniti kurang mempunyai pemahaman serta pengetahuan tentang kehebatan warisan kebudayaan Rebana Kercing ini. Dalam usaha untuk menangani masalah yang dihadapi ini, beberapa pihak yang bertanggungjawab dan pihak komuniti perlu mengambil pelbagai inisiatif dalam menangani masalah sebegini. Penyelidikan ini turut memberikan fokus kepada setiap objektif yang dikemukakan dimana merangkumi sejarah warisan kebudayaan Rebana Kercing di Kampong Laut, tahap pemahaman komuniti terhadap warisan kebudayaan Rebana Kercing dan juga kaedah yang dilaksanakan bagi memelihara dan mengekalkan warisan kebudayaan Rebana Kercing ini. Kajian penyelidikan ini juga berpandukan kepada teori identiti sosial dengan menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Pensampelan bebola salji digunakan bagi kaedah kualitatif dengan menemubual beberapa informan yang terdiri daripada penduduk di Kampong Laut. Selain itu, pensampelan secara rawak mudah digunakan bagi kaedah kuantitatif dimana borang soal selidik diedarkan kepada dua ratus lima puluh lima orang responden yang dipilih secara rawak. Kesimpulannya, diharapkan penyelidikan ini dapat menjadi rujukan dan juga ilmu kepada masyarakat tentang kepentingan warisan kebudayaan Rebana Kercing ini.

Download File / URL

[thumbnail of NURSYAHIRAH BINTI MD NASIR C18A0336.pdf] Text
NURSYAHIRAH BINTI MD NASIR C18A0336.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 97
Supervisor: Dr Suraya Binti Sukri
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3746
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2