Digital Special Collection Portal

Pemuliharaan Kota Lama Duyung Di Kuala Terengganu


Citation

Nurl Nabilah Binti Shafee (2022) Pemuliharaan Kota Lama Duyung Di Kuala Terengganu. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang “Pemuliharaan Kota Lama Duyung Di Kuala Terengganu”. Bangunan kota lama duyung ini telah dibina pada tahun 1919 dan siap pada tahun 1920 yang merupakan pemilik bangunan ini adalah Dato’Biji Sura atau Nik Muhamad bin Hitam. Lokasi pembinaan bangunan ini di kampung pulau duyung di Kuala Terengganu. Pengkaji membuat kajian terhadap bangunan kota lama duyung ini kerana mempunyai pelbagai keunikan terhadap seni bina pada bangunan ini yang perlu dipulihara. Walaupun bangunan ini mempunyai pelbagai reka bentuk seni bina dan sejarah tetapi masyarakat disekeliling masih tidak menyedari bahawa berharganya warisan yang terdapat pada bangunan kota lama duyung ini. Objektif pengkaji adalah ingin mengetahui sejarah yang terdapat pada bangunan kota lama duyung secara mendalam. Selain itu, mengenalpasti senibina yang perlu dipulihara pada bangunan kota lama duyung ini. Kaedah pemerhatian dan temubual telah dijalankan dalam projek penyelidikan ini bagi menyelesaikan proses penyelidikan ini dari awal hingga akhir. Akhir sekali, kajian ini juga akan mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk pemuliharaan bangunan kota lama duyung ini.

Download File / URL

[thumbnail of NURUL NABILAH BINTI SHAFEE.pdf] Text
NURUL NABILAH BINTI SHAFEE.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 68
Supervisor: Dr. Tsuji Syuji
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3745
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2