Digital Special Collection Portal

Pelestarian Warisan Mek Mulung Di Negeri Kedah Dalam Konteks Sosiobudaya


Citation

Nurfarhana Idahyu Binti Jaafar (2022) Pelestarian Warisan Mek Mulung Di Negeri Kedah Dalam Konteks Sosiobudaya. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED.

Abstract

Penyelidikan ini berkaitan dengan pelestarian warisan Mek Mulung di Negeri Kedah dalam konteks sosiobudaya. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti
sejarah dan perkembangan Mek Mulung di Negeri Kedah disamping mengkaji konteks sosiobudaya yang terdapat dalam warisan Mek Mulung di Kedah. Antara konteks sosiobudaya yang terdapat dalam Mek Mulung adalah dialek, jalan cerita dan adat-adat dalam persembahan Mek Mulung yang harus dilestarikan dan dipraktikkan kepada generasi seterusnya. Di samping itu, kajian ini juga akan menghuraikan langkahlangkah yang dilakukan dalam usaha melestarikan warisan Mek Mulung di Negeri Kedah yang melibatkan pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara (JKKN) cawangan Kedah, AKRAB, ASWARA dan lain-lain.
Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti temubual, kaedah pemerhatian, kajian kepustakaan dan laman sesawang serta penyelidikan secara etnografi. Data yang diperolehi oleh pengkaji membolehkan pengkaj menganalisis data dengan lebih mendalam berkaitan persembahan Mek Mulung. Pada akhir bab ini, pengkaji akan memberi cadangan dan saranan kepada pihak yang bertanggungjawab termasuklah individu dan masyarakat supaya warisan Mek Mulung akan dapat dipromosikan dan dilestarikan di Negeri Kedah serta kekal sehingga generasi akan datang.

Download File / URL

[thumbnail of NURFARHANA IDAHYU BINTI JAAFAR.pdf] Text
NURFARHANA IDAHYU BINTI JAAFAR.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 83
Supervisor: Dr. Norazlinda Bt Mohamed
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3743
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2