Digital Special Collection Portal

Kepentingan Pemuliharaan Kompleks Sejarah Matang Di Perak


Citation

Nurfarah Nasuha Binti Norhamidi (2022) Kepentingan Pemuliharaan Kompleks Sejarah Matang Di Perak. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED.

Abstract

Kompleks Sejarah Matang merupakan sebuah kota lama yang maju dan dimiliki oleh Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Beliau adalah seorang pembesar Melayu yang amat terkenal suatu ketika dahulu. Rumah Ngah Ibrahim merupakan salah satu bangunan yang berada di dalam kompleks tersebut dan mempunyai keistimewaan serta kepentingan suatu ketika dahulu kepada masyarakat setempat. Setelah melalui tempoh yang panjang, terdapat beberapa kerosakan yang berlaku kepada bangunan tersebut sebelum diwartakan sebagai muzium. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada dua objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti faktor-faktor kerosakan Kompleks Sejarah Matang di Perak dan untuk mengetahui kaedah yang digunakan dalam memulihara dan memelihara kompleks tersebut. Bagi mendapatkan data kajian, kaedah metodologi seperti keperpustakaan, temu bual, serta pemerhatian telah diaplikasikan dengan bantuan daripada pihak Kompleks Sejarah Matang. Pada bahagian lampiran ini, disertakan juga senarai soalan yang dijadikan sebagai bahan temu bual. Akhir sekali, diharapkan kajian ini mampu membuka mata masyarakat untuk menghargai dan memperkenalkan bangunan warisan yang terdapat di Matang, Perak. Disamping itu, kajian yang dijalankan ini boleh menjadi sebuah rujukan ilmiah untuk mengetahui mengenai faktor kerosakan dan kaedah yang digunakan bagi memulihara dan memelihara rumah Ngah Ibrahim yang terdapat di Kompleks Sejarah Matang, Perak.

Download File / URL

[thumbnail of NURFARAH NASUHA BINTI NORHAMIDI .pdf] Text
NURFARAH NASUHA BINTI NORHAMIDI .pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 120
Supervisor: Nur Athmar binti Hashim
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3742
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2