Kajian ini dijalankan untuk meneroka sejarah awal pembentukan Jawi Peranakan di Pulau Pinang, mengenalpasti faktor budaya perkahwinan Jawi Peranakan semakin berubah serta melihat penglibatan komuniti Jawi Peranakan dalam pemuliharan budaya perkahwinan mereka. Kaedah kajian yang digunakan untuk memperoleh data yang memjawab kepada persoalan dan objektik kajian ialah kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif menggunakan temu bual, manakala bagi kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik melalui Google form. Kajian ini menggunakan model ‘Ladder of Citizen Participation’ Arnstein (1969) untuk melihat tahap penglibatan komuniti Jawi Peranakan dalam pemuliharaan budaya mereka. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, komuniti Jawi Peranakan kurang mengambil bahagian dalam aktiviti pemuliharaan budaya perkahwinan mereka. Perubahan budaya perkahwinan yang berlaku disebabkan oleh perubahan zaman, generasi muda tidak lagi mengamalkan budaya sebenar mereka serta budaya mereka bertentangan dengan ajaran Islam.………………………………………