Digital Special Collection Portal

Kajian Mengenai Peranan Hari Mantai Di Kalangan Masyarakat Melayu Negeri Sembilan


Citation

Nur Iffah Musfirah Binti Osman (2022) Kajian Mengenai Peranan Hari Mantai Di Kalangan Masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED.

Abstract

Hari Mantai merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, dan ia masih diamalkan sehingga kini. Hari Mantai dikaitkan dengan tradisi orang ramai berkumpul untuk menyembelih ternakan sebelum menyambut ketibaan bulan puasa Ramadan dan Aidilfitri. Walaubagaimanapun, amalan tradisional itu kurang diamalkan pada masa kini, dan generasi muda jarang terlibat dalam proses itu kerana kurang pendedahan mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau peranan Hari Mantai terhadap masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Terdapat tiga objektif utama kajian ini: untuk mengenal pasti amalan yang berlaku semasa Hari Mantai, mengkaji peranan Hari Mantai berdasarkan prespektif masyarakat, dan menganalisis mekanisme yang relevan dalam memelihara dan mengekalkan Hari Mantai. Kajian ini dijalankan di Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan dengan menggunakan pendekatan kaedah campuran dalam mendapatkan data. Seramai 10 orang responden telah di temu bual, manakala 97 orang responden telah diberikan soal selidik. Hasilnya, kajian ini mendapati bahawa Hari Mantai amat penting dalam masyarakat Melayu di Negeri Sembilan kerana ia mengandungi nilai-nilai yang berbeza seperti nilai sosial, kebersamaan dan kepatuhan. Terdapat juga mekanisme yang relevan dalam mengekalkan Hari Mantai berdasarkan peranan yang berbeza dalam peringkat hierarki masyarakat seperti individu, komuniti, kerajaan negeri dan pelbagai institusi. Dari segi itu, kajian ini penting kerana ia memberikan pengetahuan tentang Hari Mantai dan cadangan untuk pihak berkepentingan untuk mengekalkannya pada masa hadapan.

Download File / URL

[thumbnail of NUR IFFAH MUSFIRAH BINTI OSMAN.pdf] Text
NUR IFFAH MUSFIRAH BINTI OSMAN.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 114
Supervisor: Dr. Ainul Wahida Binti Radzuan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3731
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2