Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis dan versi asal-usul perkampungan lama di dalam daerah kecil Kampung Gajah, Perak dengan turun kajian lapangan dan temu ramah bersama beberapa orang kampung sebagai responden kajian. Di samping itu, kajian ini juga akan menganalisis berkenaan
dengan kepercayaan dan pemikiran penduduk kampung di dalam daerah kecil Kampung Gajah ini mengenai cerita asal-usul penempatan tersebut dengan mengaplikasikan Teori Sastera Budaya dan dalam kajian ini juga, pengkaji akan menghuraikan impak cerita asal usul terhadap penduduk di dalam daerah kecil Kampung Gajah ini. Hasil daripada kajian, dapat dilihat bahawa kepercayaan masyarakat kampung tentang cerita asal usul adalah dengan membawa cerita asal ini sebagai naratif lisan yang diterima secara turun-temurun. Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan ini dapat memberi penerokaan yang baharu terdapat pengkaji yang ingin mengetahui kewujudan perkampungan lama atau perkampungan terpencil dengan sejarah lama yang kian terpupus ditelan zaman. Namun, dengan maklumat yang diperolehi, daripada hasil kajian ini, dapat membantu pengkaji baharu dalam mempengaruhi minat terhadap naratif lisan. Selain itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan dan rujukan pengkaji lain untuk penambahbaik kajian yang akan datang.