Digital Special Collection Portal

Analisis Nilai Dan Pengajaran Dalam Buku ‘Pantun Berkait : Peri Loka Tanah Melaka’ Karya 'Azimin Daud.


Citation

Nur Emy Amirah Zawawi (2022) Analisis Nilai Dan Pengajaran Dalam Buku ‘Pantun Berkait : Peri Loka Tanah Melaka’ Karya 'Azimin Daud. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Penyelidikan dibuat agar dapat mengenal dengan terperinci serta menganalisis nilai dan pengajaran yang ada pada buku ‘Pantun Berkait Peri loka Tanah Melaka’ karya ‘Azimin Daud. Kajian ini mengguna pakai reka bentuk kajian kualitatif iaitu kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian di analisis melalui Teori Pengkaedahan Melayu melalui Penddekatan Moral. Dapatan kajian ini mendapati bahawa nilai dan pengajaran yang terkandung dalam buku ‘Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka’ ini dapat memberi pengajaran serta pendidikan kepada seseorang individu dan komuniti masyarakat. Pendekatan moral diambil dalam Teori Pengkaedahan Melayu ini dilihat sesuai dalam merungkaikan nilai dan pengajaran yang terkandung didalamnya. Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih Pendekatan Moral dalam kajian ini. Hal ini kerana teori Pengkaedahan Melayu dan Pendekatan Moral yang dipilih sangat sepadan dan menepati kesemua objektif kajian yang dipilih oleh pengkaji mengkaji nilai dan pengajaran yang terdapat dalam buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka karya ‘Azimin Daud. Bukan itu sahaja, pendekatan moral ini juga bertepatan dengan nilai-nilai yang baik yang terkandung dalam buku pantun berkait ini. Nilai moral adalah suatu himpunan norma dan adat yang ditularkan oleh masyarakat kepada individu dan mewakili cara bertindak yang baik atau betul. Hal ini menjelaskan bahawa nilai moral adalah nilai yang membantu kita dalam melakukan perbezaan bagi yang hak dan batil serta yang positif dan negatif. Nilai-nilai moral juga dapat dipraktikkan dalam diri seseorang individu dan masyarakat dalam kehidupan anggota masyarakat. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai dalam merungkaikan lagi nilai dan pengajaran dalam setiap pantun tradisional Melayu.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Emy Amirah Zawawi.pdf] Text
Nur Emy Amirah Zawawi.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 70
Supervisor: Pn. Siti Nur Anis Binti Muhammad Apandi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3725
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2