Masjid Pangkalan Kakap Merbok, Kedah merupakan salah satu masjid warisan pada kurun ke 18 dahulu. Masjid ini mempunyai banyak sejarah tertentu semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid iaitu Sultan Kedah ketika itu. Sehingga kini masjid ini masih utuh dan dalam keadaan pemuliharaan dan pemeliharaan oleh pihak Jabatan Warisan Negara. Kajian ini dijalankan terhadap masjid ini adalah untuk menilai tahap
penglibatan komuniti dalam pemuliharaan dan pemeliharaan Masjid Pangkalan Kakap, Merbok, Kedah dengan menggunakan Model Arnsteins A Ladder Of Citizen Participation (1969). Kajian ini menggunakan metodologi kaedah gabungan iaitu
kualitatif dan kuantitatif dalam mendapatkan data bagi menyelesaikan permasalahan kajian dan mencapai objektif kajian. Hasil daripada keseluruhan kajian mendapati bahawa penglibatan komuniti berada di tahap yang sederhana. Hal ini dikatakan demikian kerana masih ada lagi komuniti yang menjejaki ke Masjid tersebut untuk bergotong-royong dan melawat masjid tersebut.