Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kota Kuala Kedah Sebagai Pelancongan Warisan”. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah dalam usaha untuk menjadikan kota ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang berasaskan pelancongan warisan di Kedah. Turut dibincangkan adalah tentang tujuan asal pembinaan Kota Kuala Kedah. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang pembinaan Kota Kuala Kedah terhadap pemerintahan di Negeri Kedah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji sejauhmanakah usaha-usaha kerja konservasi di Kota Kuala Kedah yang telah dijalankan. Seterusnya, penulisan ini juga adalah mengkaji tentang kesan pelancongan Kota Kuala Kedah kepada masyarakat setempat. Penulisan ini adalah
tentang kewajaran daerah Kuala Kedah sebagai salah satu destinasi Pelancongan Warisan di Negeri Kedah. Pada akhir bab ini, pengkaji akan memberikan pandangan serta cadangan untuk memastikan bahawa kawasan Kota Kuala Kedah ini diberikan perhatian dan juga mendapat beberapa penambahbaikan daripada pihak Muzium dan Kerajaan Negeri Kedah supaya dapat dijadikan sebagai satu tarikan pelancongan warisan yang menarik sekaligus membangun serta
memperkembangkan lagi sektor pelancongan di Negeri Kedah dan Malaysia. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dan juga sebagai satu alternatif kepada masyarakat terutamanya pihak-pihak berkepentingan yang
melibatkan diri dalam pembangunan pelancongan terutamanya di Kuala Kedah serta dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada penyelidik yang akan datang.