Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Perbandingan Silat Kura-Kura dan Pencak Silat di Kuala Berang, Hulu Terengganu”. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan seni Silat Kura-Kura dan seni Silat Moden di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Turut dibincangkan tentang perbezaan seni Silat Kura- Kura dan seni Silat Moden dari segi pakaian, pantang larang, jumlah ahli silat yang terlibat dalam persembahan, penggunaan senjata dalam persembahan silat dan jenis alat muzik yang digunakan dalam persembahan silat. Selain itu, kajian ini juga turut menghuraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan memulihara seni Silat Kura- Kura di Kuala Berang. Penulisan kajian menghuraikan langkah-langkah memelihara dan memulihara yang dilakukan oleh beberapa pihak dalam memastikan Silat Kura-Kura tidak
pupus dan terus dikenali oleh generasi muda pada hari ini. Pada akhir bab ini, pengkaji akan memberikan saranan serta cadangan untuk memastikan Silat Kura-Kura terus dipulihara
dan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan masyarakat setempat.