Penyelidikan ini merupakan satu kajian yang berkaitan tentang persembahan seni muzik Ghazal di kalangan masyarakat Johor. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa pada
masa kini seni muzik Ghazal ini makin hari makin dilupakan oleh masyarakat di negeri ini juga dek kerana perederan zaman yang kini telah diperkenalkan dengan pelbagai teknologi yang canggih sehingga warisan dahulu ditinggalkan walaupun dalam negeri sendiri. Pengkaji membuat kajian ini dengan berdasarkan objektif- objektif kajian yang telah disenaraikan agar kajian ini dapat dilaksanakan dengan mempunyai data- data yang benar tentan seni muzik Ghazal ini. Oleh itu, Kaedah kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik dengan membuat temu bual secara dalam talian serta pemerhatian bersama orang yang mahir dalam seni muzik Ghazal ini yang berada di Batu Pahat, Johor. Kesimpulannya, penyelidik berharap agar penyelidikan yang dilaksanakan ini dapat diperkenalkan kepada generasi baru pada masa akan
datang dengan secara menyeluruh terhadap kesenian Johor yang pernah dibangunkan dahulu.