Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi terhadap makanan tradisional Bugis Sanggar Pappek dalam kalangan penduduk Parit Makuaseng. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan makanan tradisional Bugis Sanggar Pappek di Parit Makuaseng, mengkaji cara pembuatan makanan tradisional Bugis Sanggar Pappek serta membincangkan langkah untuk memperkenalkan dan memelihara makanan tradisional Bugis Sanggar Pappek dalam kalangan masyarakat di Parit Makuaseng. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (mixed method) yang melibatkan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan maklumat terperinci
mengenai tajuk kajian yang dijalankan. Seramai 196 orang penduduk Parit Makuaseng diambil sebagai responden dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan dapatan kajian. Secara keseluruhan, persoalan kajian pertama mencapai purata nilai min yang paling tinggi iaitu 2.77 berbanding persoalan kajian kedua iaitu 2.71 dan
persoalan kajian ketiga iaitu 2.53. Kesemua persoalan kajian ini berada di tahap tinggi. Beberapa cadangan dikemukakan antaranya melanjutkan kajian tentang asal usul makanan Bugis Sanggar Pappek di Sulawesi Selatan, Indonesia bagi mendapatkan maklumat secara langsung oleh masyarakat Bugis di situ.