Muzium Dungun merupakan sebuah tempat yang terletak di Pantai Teluk Lipat, Dungun dan ianya berfungsi sebagai tempat untuk memberikan penerangan dan mempamerkan artifak-artifak mengenai sejarah daerah Dungun. Bangunan muzium
Dungun mempunyai ciri-ciri colonial yang bermaksud sifat jajahan dan ianya merupakan rumah asal bagi Pegawai Daerah Dungun. Rumah ini telah dibina pada tahun 1941 dan terletak dalam lot yang bernombor 3585 yang mempunyai keluasan
sebanyak 4.0958 ekar. Muzium Dungun merupakan sebuah bangunan bersejarah dan pernah menjadi rumah persinggahan Penolong Penasihat British yang datang berkunjung ke daerah Dungun. Selain itu, rumah ini juga berfungsi sebagai sebuah rumah rasmi Pegawai Daerah Dungun. Terdapat beberapa Pegawai Daerah Dungun yang pernah tinggal di muzium tersebut ialah Haji Dol Alias (1941-1942), Che Khalid Kassim (1943-1945), Haji Khalid Awang (1974-1975) dan lain-lain lagi. Kajian ini
dilakukan oleh pengkaji untuk meneliti permasalahan yang terdapat di Muzium Dungun.