Digital Special Collection Portal

Nilai Murni Dan Pengajaran Dalam Teks Drama Dunia Belum Kiamat Dan Menunggu Lampu Hijau.


Citation

Nor Syuhada Mat Daud (2022) Nilai Murni Dan Pengajaran Dalam Teks Drama Dunia Belum Kiamat Dan Menunggu Lampu Hijau. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Drama ialah satu bentuk kesusasteraan yang mempunyai bahagian yang dilakonkan. Perkataan drama juga berasal daripada bahasa Greek yang bermakna tindakan. Menurut Mana Sikana (2016: 3), drama adalah wahana dan wacana manusia
memperagakan dirinya, mencitrakan kisah hidup dan bayangan masa silam, serta renungan masa hadapan. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks drama Dunia Belum Kiamat dan teks drama Menunggu Lampu Hijau. Kajian ini juga adalah untuk mengkaji kesan yang diperolehi daripada nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks drama Dunia
Belum Kiamat dan Menunggu Lampu Hijau, dan mengkaji perbezaan antara nilai murni dan pengajaran dalam konteks sastera. Selain itu, kajian ini juga turut dijalankan kerana
mendapati kurangnya kajian terhadap nilai murni dan pengajaran ini yang dilakukan oleh pengkaji sebelumnya. Melalui kajian ini, pengkaji telah menggunakan teori sosiologi melalui pendekatan fungsionalisme bagi menganalisis maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kajian yang dijalankan ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat pelbagai nilai murni dan pengajaran yang telah dikenalpasti dalam kedua-dua teks drama ini dimana ianya juga memberi kesan yang baik dan positif kepada pengkaji dalam meneruskan kajian ini. Oleh itu, kajian sebegini diharapkan dapat dijadikan contoh dan juga sumber rujukan kepada pengkaji akan datang untuk melakukan kajian-kajian berkaitan dengan lebih baik lagi disamping nilai murni dan pengajaran yang diperolehi ini dapat menjadikan generasi muda di luar sana seorang yang berkeperibadian mulia.

Download File / URL

[thumbnail of Nor Syuhada Mat Daud.pdf] Text
Nor Syuhada Mat Daud.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 90
Supervisor: En. Sudirman Bin Kiffli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3707
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2