Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan industri ukiran kayu di Kampung Raja, Besut, Terengganu dan menghuraikan peranan pengukir dalam pemuliharaan warisan ukiran kayu. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis potensi pemuliharaan ukiran kayu sebagai identiti warisan di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan kaedah kuantitatif iaitu kaedah soal selidik. Responden dari komuniti dan pengukir Kampung Raja, Besut ditinjau dengan mengaplikasikan Teori Identiti Sosial (1970). Dapatan soal selidik menunjukkan majoriti responden mempunyai pengetahuan tentang warisan seni ukiran. Penerimaan responden terhadap seni ukiran adalah ditahap yang baik dan memuaskan. Melalui tinjauan ini juga didapati bahawa warisan seni ukiran merupakan identiti masyarakat Melayu yang harus dikekalkan untuk generasi seterusnya.