Digital Special Collection Portal

Kepuasan Pengunjung Terhadap Pengurusan Bukit Malawati Sebagai Tapak Pelancongan Warisan di Kuala Selangor.


Citation

Noorfitri Muzakir (2022) Kepuasan Pengunjung Terhadap Pengurusan Bukit Malawati Sebagai Tapak Pelancongan Warisan di Kuala Selangor. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai Bukit Malawati, Kuala Selangor yang terletak di negeri Selangor. Bukit Malawati, Kuala Selangor mempunyai potensi dalam
industri pelancongan berasaskan warisan sejarah. Namun begitu, terdapat elemen-elemen warisan budaya ketara yang ada yang mampu menjadi faktor tarikan kepada pengunjung di
Malaysia khususnya di Bukit Malawati. Pada masa yang sama tahap kepuasan pengunjung yang kurang memuaskan di Bukit Malawati, namun pihak bertanggungjawab tidak memelihara warisan ini serta telah menyebabkan Bukit Malawati semakin dilupakan. Penyelidikan ini juga memberi fokus kepada setiap objektif yang telah dikemukakan yang merangkumi elemen warisan budaya ketara yang ada di Bukit Malawati, tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan Bukit Malawati dan usaha pemeliharaan warisan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan Bukit Malawati sehingga kini. Penyelidikan ini juga berpandukan kepada Teori Semiotik dengan menggunakan kaedah campuran. Kaedah ini dilaksanakan dengan menemu bual beberapa informan menggunakan pensampelan bukan kebarangkalian bola saji atau Snowball yang terdiri daripada pegawai Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MDKS). Selain itu, borang soal selidik turut diberikan kepada 269 orang
responden melalui google form yang diedarkan secara dalam talian dengan menggunakan pensampelan kebarangkalian rawak mudah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa potensi Bukit Malawati sebagai tapak pelancongan warisan yang mempunyai tarikan elemen warisan budaya ketara yang terpelihara jika pihak bertanggungjawab memberi kerjasama. Hasil daripada kajian juga mendapati beberapa
cadangan yang sesuai dengan permasalahan kajian yang melibatkan inisiatif yang perlu diambil oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor dalam melibatkan komuniti setempat. Kesimpulannya, terdapat banyak potensi elemen warisan yang terdapat di Bukit Malawati. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab dalam memastikan warisan sejarah ini terjaga bersama penglibatan komuniti setempat.

Download File / URL

[thumbnail of Noorfitri Muzakir.pdf] Text
Noorfitri Muzakir.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 116
Supervisor: Dr. Suraya Binti Sukri
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3701
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2