Bagi memenuhi keperluan sukatan tahun akhir bagi kursus pengajian warisan, suatu kajian telah dijalankan iaitu kajian berkenaan kajian terhadap pemuliharaan batik dan kepentingannya pada generasi masa kini. Bagi kajian ini, terdapat tiga objektif yang menjadi tujuan kajian ini dijalankan. Objektif yang pertama ialah untuk mengetahui jenis-jenis dari batik dan tekniknya melalui kaedah kajian lapangan yang dilakukan oleh pengkaji. Seterusnya, adalah untuk mengkaji kaedah yang digunakan dalam pemeliharaan batik. Kaedah ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut antara kaedah-kaedah yang dapat memelihara batik daripada terus dilupakan. Dan akhir sekali ialah untuk menganalisis tahap pengetahuan generasi pada hari ini terhadap batik. Penyelidikan telah dibuat untuk mendapatkan pengetahuan generasi muda melalui kaedah borang soal selidik dan sebagainya. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini memudahkan pengkaji memperoleh maklumat dan data dengan lebih sahih.