Digital Special Collection Portal

Keberkesanan Penyesuaigunaan Semula Di Dalam Pemuliharaan Rumah Tokoh Kajian Kes Warisan Pahlawan Resort.


Citation

Nooratikah Ismail (2022) Keberkesanan Penyesuaigunaan Semula Di Dalam Pemuliharaan Rumah Tokoh Kajian Kes Warisan Pahlawan Resort. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keberkesanan Penyesuaigunaan Semula Di Dalam Pemuliharaan Rumah Tokoh: Kajian Kes Warisan Pahlawan Resort”. Warisan Pahlawan Resort ini merupakan sebuah rumah lama yang menjadi khazanah warisan dimana ianya perlukan penjagaan yang khusus bagi terus memeliharanya dari rosak. Rumah warisan ini merupakan hak milik pahlawan dan ulama terdahulu yang tinggal di Hulu Terengganu seperti Mat Kilau dan beberapa orang lagi dan mendirikan rumah di kawasan sekitar Kuala Berang. Pengkaji menyasarkan rumah berkenaan adalah kerana rumah tersebut sangat unik dan mempunyai sejarah tersendiri dan nilai kepentingan warisan yang terdapat pada rumah warisan di Kampung Pauh, Kuala Berang tersebut. Walaupun masyarakat tahu akan asal usul rumah tersebut tetapi masih ada sesetengah masyarakat yang kurang mengambil tahu tentang nilai kepentingan rumah warisan pahlawan tersebut kepada negeri Terengganu dan negara dari segi pemeliharaannya. Objektif kajian ini adalah mengkaji nilai kepentingan budaya pada Kompleks Warisan Pahlawan Resort, mengenalpasti pengubahsuaian yang dilakukan ke atas rumah-rumah tokoh di Warisan Pahlawan Resort dan juga menilai kesan penyesuaigunaan semula ke atas nilai warisan rumah tokoh-tokoh di kompeks Warisan Pahlawan Resort. Untuk metodologi kajian kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir.

Download File / URL

[thumbnail of Nooratikah Ismail.pdf] Text
Nooratikah Ismail.pdf

Download (6MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 187
Supervisor: En. Sahrudin Bin Mohamed Som
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3699
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2