Malaysia mempunyai warisan yang menjadi kebanggaan negara sama ada dari segi warisan ketara mahupun warisan ketara. Warisan yang kita miliki ini mempunyai nilai sejarah yang menjadi lambang identiti kepada Malaysia dan juga kepada rakyatnya. Kajian ini adalah berkaitan dengan tapak warisan iaitu Gua Cha, Kelantan dimana tapak warisan ini terkenal sebagai tapak arkeologi warisan. Tapak ini masih dikunjungi oleh para penyelidik dan para pelancong, namun keadaan semasa tapak berkenaan yang perlu diberi perhatian agar tapak warisan berkenaan dapat bertahan untuk generasi yang akan datang. Justeru kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan masyarakat berkaitan sejarah dan perkembangan Gua Cha serta langkah pemeliharaan dan pemuliharaan berkaitan tapak warisan berkenaan.
Kata kunci: warisan, pemeliharaan, pemuliharaan, arkeologi