Satu kajian telah dijalankan iaitu kajian berkenaan perahu tradisional yang memfokuskan terhadap perlindungan perahu tradisional melayu. Bagi kajian ini, terdapat tiga objektif yang menjadi tujuan kajian ini dijalankan iaitu mengetahui tentang sejarah, mengenalpasti ciri-ciri keunikan serta mengkaji kaedah perlindungan yang boleh digunakan untuk Perahu Tradisional Pulau Duyong. Melalui kerjasama dengan masyarakat yang tinggal di Pulau Duyong Negeri Terengganu, dapat menghuraikan bagaimana kaedah perlindungan perahu boleh dijalankan. Selain itu, kajian ini juga menghuraikan mengenai sejarah serta keunikan yang terdapat pada perahu tradisional di Pulau Duyong Negeri Terengganu. Penggunaan kaedah-kaedah kajian tertentu dapat memudahkan pengkaji dalam memperoleh maklumat pengkajian. Akhir sekali, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai bidang konservasi yang melibatkan perlindungan perahu tradisional melayu.