Digital Special Collection Portal

Keindahan Perlambangan Alam Dalam Peribahasa Melayu Melalui Teori Keindahan Braginsky


Citation

Mustapha Faidzul, Aisyah Humaira' (2022) Keindahan Perlambangan Alam Dalam Peribahasa Melayu Melalui Teori Keindahan Braginsky. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Peribahasa merupakan harta kekayaan genre kesusasteraan tradisional yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu yang tidak bertepi dalam mengamati keindahan alam sekeliling telah melahirkan ungkapan peribahasa seperti pepatah, bidalan, perumpamaan, simpulan bahasa dan sebagainya. Masyarakat Melayu memanifestasikan alam sebagai lambang atau simbol kepada sesuatu perihal, objek mahupun perwatakan manusia menerusi peribahasa dengan cara penyampaian yang halus dan berbudi bahasa. Perlambangan alam yang digunakan dalam peribahasa mengandungi keindahannya tersendiri yang perlu dicungkil makna keindahan tersebut secara lebih terperinci. Hal ini dikatakan demikian kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan tambahan kepada masyarakat tentang makna simbol alam dalam peribahasa. Di samping itu, turut berlaku kekurangan kajian tentang peribahasa khususnya dalam aspek keindahan kepada khalayak. Ekoran daripada itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti simbol-simbol alam semula jadi dan menganalisis keindahan makna simbol alam semula jadi dalam peribahasa Melayu dengan berpaksikan Teori Keindahan Braginsky. Data kajian diperoleh daripada buku Kamus Peribahasa Melayu oleh Sapinah Haji Said (2013) dan Memahami Asal Usul Peribahasa Melayu oleh Md Ridzuan Md Nasir (2020). Selain itu, kajian ini menggunakan Teori Keindahan Braginsky untuk menganalisis data kajian menerusi dua pendekatan yakni pendekatan keindahan dalaman yang merujuk kepada aspek asal usul keindahan dan pendekatan keindahan luaran iaitu aspek sifat-sifat immanen keindahan serta psikologi persepsi keindahan. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa makna keindahan simbol alam semula jadi mempunyai hubung kait dengan kekuasaan Allah SWT serta dapat memberi kesan kepada khalayak melalui keindahan penggunaan gaya bahasa yang digunakan dalam peribahasa. Oleh yang demikian, kajian sebegini diharap dapat dijadikan sumber ilham kepada pengkaji lain untuk memperluas kajian tentang keindahan peribahasa Melayu di samping menjadi wadah kepada semua pihak untuk terus memelihara peribahasa Melayu sebagai suatu aset warisan bangsa Melayu kepada generasi akan datang agar ia tidak terus hilang dimamah zaman.

Download File / URL

[thumbnail of AISYAH HUMAIRA BINTI MUSTAPHA FAIDZUL C18A0030.pdf] Text
AISYAH HUMAIRA BINTI MUSTAPHA FAIDZUL C18A0030.pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 119
Supervisor: Dr. Nordiana binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3693
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2