Digital Special Collection Portal

Pembuatan Dan Pemuliharaan Kerambit Di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan


Citation

Mustapa, Syufiah (2022) Pembuatan Dan Pemuliharaan Kerambit Di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kerambit merupakan senjata kecil yang berupa pisau dengan bilah melengkung yang boleh dijumpai di negara Asia Tenggara seperti Filipina, Malaysia dan Indonesia. Tajuk kajian ialah “Pembuatan dan Pemuliharaan Kerambit di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan. Permasalahan kajian ini ialah kajian mengenai kerambit kurang dijadikan subjek kajian oleh pengkaji-pengkaji tempatan berbanding pengkaji Indonesia dan kebanyakan kajian mengenai senjata-senjata tradisional menfokuskan kepada keris berbanding kerambit kerana keris merupakan senjata utama masyarakat Melayu khususnya. Objektif kajian pula ialah mengkaji proses-proses pembuatan kerambit dan mengenalpasti langkah-langkah pemuliharaan yang dilakukan ke atas kerambit di Kg. Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif serta menggunakan sumber data primer dan sekunder. Dapatan kajian ini ialah dapat mengetahui proses-proses pembuatan kerambit dan mengetahui langkah-langkah pemuliharaan yang dilakukan ke atas kerambit di Kg. Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan.

Download File / URL

[thumbnail of SYUFIAH BINTI MUSTAPA C18A0439 .pdf] Text
SYUFIAH BINTI MUSTAPA C18A0439 .pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 58
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3692
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2