Digital Special Collection Portal

Pendigitalan Sastera : Suatu Proses Pemeliharaan Sastera Rakyat.


Citation

Muhammad Zakin Haziq Mohamad Zamberi (2022) Pendigitalan Sastera : Suatu Proses Pemeliharaan Sastera Rakyat. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Kajian ini dijalankan sebagai satu langkah memlihara bidang kesusasteraan khususnya sastera rakyat menggunakan teknologi digital iaitu melalui filem. Kajian ini dibentuk ekoran daripada polemik yang membahaskan mengenai kerelevanan dan hubungkait bidang kesusasteraan dengan media digital. Selain itu, bidang kesusasteraan itu sendiri sudah semakin kurang mendapat sambutan daripada mahasiswa kini. Pengkaji akan mengenalpasti cerita rakyat yang telah melalui proses pendigitalan khususnya dalam aspek watak dan perwatakan bagi melihat perbezaan yang berlaku. Bagi mengukuhkan mengapa berlakunya segala perubahan kepada watak-watak yang dipilih pengkaji akan menghuraikan proses pendigitalan dengan memberi fokus kepada plot serta teknik adaptasi filem pilihan. Objektif akhir kajian ini adalah untuk menjelaskan kepentingan pendigitalan sastera kepada masyarakat. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah gabungan. Kaedah kualitatif digunakan bagi mencapai objektif pertama dan kedua kajian manakala kaedah kuantitatif diaplikasikan bagi melengkapkan objektif ketiga dengan menjalankan kaji selidik bersama 40 orang responden. Kajian ini berjaya mengesan pelbagai perubahan yang telah dikenakan kepada watak-watak daripada cerita rakyat pilihan dan ada diantaranya yang begitu menyimpang daripada cerita asalnya. Perkara ini berpunca daripada plot dan teknik adaptasi yang dipilih oleh penulis skrip serta pengarah filem. Objektif ketiga mendapat maklum balas positif daripada majoriti responden yang telah menjawab 16 item yang telah ditetapkan. Bagi penambahbaikan, pengkaji menyarankan agar penghasil filem dan penulis skrip memberi perhatian yang lebih serius kepada penghasilan semula kisah-kisah rakyat yang dipilih agar tidak menyimpan jauh daripada teks asalnya.

Download File / URL

[thumbnail of Muhammad Zakin Haziq Mohamad Zamberi.pdf] Text
Muhammad Zakin Haziq Mohamad Zamberi.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 135
Supervisor: Dr. Nordiana Binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3690
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2